Resepi: Ayam Style Thai dengan Quinoa

Spicy-Thai-Chicken-recipe

bahan-bahan:

Untuk Sos Thai

  • 1/2 cawan cili sos Thai
  • 1/2 cawan air atau sup ayam
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 sos soya
  • 2 sudu cuka beras
  • 2 sudu jus limau
  • 2 sudu gula perang
  • 1 ulas bawang putih, dicincang

 

Untuk Ayam

  • Peha ayam tanpa tulang
  • 2 cawan Quinoa
  • Kacang
  • Chilli flakes

cara memasak:

Sos

Kacaukan semua bahan-bahan sos bersama. Ketepikan 1/2 cawan sos untuk perap ayam. Dalam periuk kecil di atas api sederhana, masak sos hingga mendidih dan kurangkan api. Masak selama 20 minit atau sehingga sos menjadi pekat.

Quinoa

Masak mengikut arahan paket.

Ayam

Perap ayam dengan 1/2 cawan sos. Letak di peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit. Panggang ayam selama beberapa minit sambil siramkan sos di atasnya.

Hidangkan

Hidangkan Quinoa atas pinggan dan letakkan ayam di atasnya. Siramkan sos yang berlebihan kemudian taburkan kacang, daun ketumbar dan chilli flakes.

CJP_PRODUCT_BANNER_2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *